Skip to main content

Transformasi Digital

UTHM secara berterusan memacu transformasi digital dengan memperkukuh infrastruktur fizikal dan infostruktur teknologi bagi menyokong ekosistem pendidikan TVET Digital
Infrastruktur

Gerbang Digital UTHM

Gerbang Digital UTHM merupakan platform inovatif yang dibangunkan untuk memudahkan urusan akademik dan pentadbiran warga universiti. Dengan fungsi yang lebih efisien dan antaramuka mesra pengguna, gerbang ini menyediakan pelbagai perkhidmatan digital seperti pendaftaran kursus, pengurusan bahan pembelajaran, dan capaian maklumat terkini. Inisiatif ini selari dengan transformasi pendidikan digital UTHM ke arah ‘Smart Campus’ bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.