Skip to main content

Sistem Komunikasi Digital Menggunakan Teknologi Awan

Sistem Telekomunikasi Digital Menggunakan Awan ini akan dilaksanakan di UTHM Kampus Parit Raja untuk menggantikan sistem telekomunikasi sedia ada yang telah usang dan kos penyenggaraan tahunan yang tinggi. Sistem telekomunikasi sedia ada masih menggunakan teknologi Private Automatic Branch Exchange (PABX) yang menggunakan infrastruktur Primary Rate Interface (PRI) yang akan ditamatkan oleh pihak Telekom Malaysia Berhad (TM). 

Sistem Telekomunikasi Digital Menggunakan Teknologi Awan adalah salah satu inisiatif pendigitalan institusi yang digerakkan oleh Universiti dalam usaha meningkatkan penggunaan digital di dalam kampus. Mesyuarat Jawatankuasa Ekesekutif Bilangan 18 Tahun 2024 telah meluluskan kaedah ini untuk dilaksanakan di UTHM Kampus Parit Raja.